Sōgyo no Kotowari Ukitake_Jūshirō

Nama zanpakuto Ukitake adalah Sōgyo no Kotowari (双魚の理 or 双魚理, makna kasar: Kebenaran Pisces, ataupun Undang-undang Ikan Kembar). Pada lepasan awal (Shikai) zanpakutonya, Sōgyo no Kotowari bertukar menjadi dua bilah pedang berupa lembing memancing dengan gerigi garpu serupa dengan jitte terbalik di belakang setiap bilah. Pedang-pedang tersebut bersambung melalui sejenis tali yang disusun dengan beberapa aksesori kecil. Diaktifkan dengan arahan "tiap-tiap ombak perisaiku, tiap-tiap guruh pedangku" (波悉く我が盾となれ雷悉く我が刃となれ nami kotogotoku waga tate to nare, ikazuchi kotogotoku waga yaiba to nare?, ataupun "ombak menjadi perisai aku, guruh menjadi pedang aku"). Kebolehannya znpakutonya adalah menyerap serangan yang dilemparkan kepadanya dengan menggunakan pedang yang berada disebelah kiri dan melemparkan kembali kepada musuh dengan pedang yang berada diseblah kanannya dengan pantas dan cepat. Ini dapat dibuktikan semasa dia berlawan dengan Espada atau Arraancar 1 yang terkuat diantara 10 Espada yang ada.

Pelepasan tahap kedua (Bankai) zanpakutonya masih belum diketehui kerana belum dapat ditunjukkan dalam siri anime atau pun manga.

Francais
Filem
Kaum-kaum
Watak
Pelajar
Shinigami
Hollow
Bount
Vizard
Lain-lain
Senjata
Lokasi-lokasi